2025-08-19 HaiPress

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran RM4.20 hingga RM4.22 minggu depan / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,16 Ogos - Ringgit dijangka berlegar-legar antara RM4.20 dan RM4.22 minggu depan berikutan peniaga serta pelabur kekal berhati-hati terhadap arah aliran kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan dikeluarkan pada Khamis depan,20 Ogos (Rabu,19 Ogos di AS),boleh menjelaskan lebih lanjut berhubung keadaan ekonomi AS.
Katanya,ini terutamanya selepas dua anggota FOMC tidak bersetuju dengan keputusan terkini dan menyokong penurunan kadar 25 mata asas.
Sementara itu,Kenanga Investment Bank Bhd berkata pasaran terus berubah antara dua hingga tiga penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dalam beberapa minggu lepas.
“Kami mengekalkan unjuran asas kami untuk dua penurunan,disokong oleh bukti iaitu syarikat-syarikat sedang menyerap kos tarif,satu aliran yang tidak mampan dan berkemungkinan menekan margin,” menurutnya dalam nota penyelidikan.
Selain itu,bank pelaburan itu berkata,pelonggaran selanjutnya memerlukan sama ada kemerosotan ketara dalam laporan pekerjaan akan datang atau dasar monetari yang longgar daripada Pengerusi Fed,Jerome Powell.
“Sehubungan itu,kami menjangkakan ringgit akan berlegar-legar dalam julat RM4.22 hingga RM4.23 berbanding dolar AS dalam tempoh terdekat,” katanya.
Pada Khamis,ringgit mengukuh ke paras 4.18 berbanding dolar AS iaitu paras tertingginya dalam lebih enam minggu.
Kali terakhir ringgit mencapai paras tinggi yang hampir sama pada 1 Julai apabila ia mencecah 4.1805.
Sementara itu,bagi tempoh Jumaat ke Jumaat,ringgit mengakhiri minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS,ditutup pada paras 4.2085/2155 daripada 4.2420/2480 sebelumnya.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8653/8702 daripada 2.8720/8763 pada minggu sebelumnya dan turut meningkat berbanding euro kepada 4.9185/9267 daripada 4.9381/9451.
Namun,ia menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7050/7145 daripada 5.7034/7114.
Ringgit turut menunjukkan aliran yang lebih kukuh berbanding mata wang ASEAN.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2820/2877 daripada 3.3014/3064 pada akhir minggu lepas,menokok sedikit berbanding baht Thai kepada 12.9760/13.0032 daripada 13.1173/1419,mencatat peningkatan berbanding rupiah Indonesia kepada 260.2/260.8 daripada 260.3/260.8,dan turut berkembang berbanding peso Filipina kepada 7.37/7.39 daripada 7.43/7.44 pada minggu sebelumnya. -BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur