2025-08-19 HaiPress

Foto - Fail
KUALA LUMPUR,16 OGOS - Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami trend bercampur-campur minggu hadapan berikutan ketidaktentuan pasaran komoditi dan kewangan global yang terus mempengaruhi niaga hadapan getah serantau.
Menurut Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA),antara faktor utama yang dijangka memacu pasaran adalah tarif terkini Amerika Syarikat (AS),kadar pertukaran ringgit-dolar AS,dan naik turun harga minyak mentah sebagai penanda aras.
"MARGMA optimis tarif ini mungkin memberi isyarat kelembapan ekonomi AS memandangkan ini dijangka meningkatkan kos bahan mentah diimport.
"Selain itu,spekulasi mengenai pelantikan Pengerusi Rizab Persekutuan AS yang baharu turut menambah ketidaktentuan pasaran," katanya.
MARGMA berkata peniaga akan terus memantau rapat perkembangan berkaitan dasar perdagangan AS,hala tuju kadar faedah,selain ketegangan geopolitik di Timur Tengah.
Mengulas mengenai aspek bekalan,MARGMA berkata hujan lebat yang dijangka berlaku di negara pengeluar getah utama khususnya Thailand boleh menjejaskan pengeluaran.
Bagaimanapun,lanjutan penangguhan tarif selama 90 hari antara AS dan China,bersama lonjakan eksport China sebanyak 7.2 peratus pada Julai serta pertumbuhan dalam sektor perkhidmatannya,dijangka memberi sokongan kepada permintaan global.
Untuk rekod,pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 5.9 peratus pada Jun 2025 berbanding bulan sebelumnya,mencerminkan kapasiti pengeluaran yang kukuh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur