2025-08-19 HaiPress

Foto Hiasan - Bernama
KUALA LUMPUR,16 Ogos - Pembangunan bakat digital dalam kalangan graduan dilihat seiring dengan tumpuan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menekankan ekonomi digital serta penciptaan pekerjaan bernilai tinggi.
Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Malaya-Wales,Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi,berkata graduan perlu mengambil inisiatif mempelajari teknologi baharu,bukan sekadar membangunkan sistem atau aplikasi,tetapi menguasai penggunaan teknologi sedia ada yang relevan dengan pasaran kerja.
“Graduan kewangan misalnya perlu memahami teknologi fintech,manakala graduan pengurusan sumber manusia wajib menguasai aplikasi HR Analytics. Bagi bidang pemasaran pula,penguasaan pemasaran digital kini menjadi elemen penting dalam industri,” katanya.
Beliau menegaskan,universiti dan politeknik wajar memperkemas peranan dalam menentukan hala tuju graduan agar tenaga kerja negara benar-benar bersedia memenuhi permintaan industri.
Tambahnya,pembangunan bakat digital dalam kalangan belia akan meningkatkan kadar guna tenaga berkemahiran tinggi,seiring sasaran RMK13 untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu melalui pendigitalan,sekali gus mengukuhkan daya saing ekonomi negara.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur