2025-08-19 HaiPress

Gambar hiasan - Bernama.
KUALA LUMPUR,17 Ogos - Inisiatif Pembangunan Zon Pelaburan Pelancongan (STIZ) disifatkan mampu menjadi pemangkin kepada penciptaan produk pelancongan baharu serta mengangkat potensi industri ke peringkat antarabangsa.
STIZ yang merangkumi Johor,Melaka,Negeri Sembilan dan Sarawak bakal memberi fokus kepada pembangunan pelancongan bersasar,sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi berasaskan komuniti dan budaya.
Pengerusi Konsortium Pakatan Pelancongan Dalam Negeri,Uzaidi Udanis berkata,pemetaan STIZ perlu lebih strategik dan inklusif dengan memasukkan destinasi luar bandar serta lokasi baharu berpotensi tinggi.
“Jika inisiatif ini diselaraskan dengan baik,kita bakal melihat lonjakan ketara dalam tempoh penginapan pelancong,nilai pembelanjaan,peningkatan pendapatan mikro pemain tempatan serta penjenamaan Malaysia bukan sekadar lokasi transit,” katanya ketika dihubungi RTM.
Beliau turut menekankan kepentingan memperkasa komuniti luar bandar melalui latihan pemasaran digital dan penggunaan platform Online Travel Agent (OTA) untuk menembusi pasaran antarabangsa,selain memperluas program TVET pelancongan bagi melatih generasi muda.
Menurutnya,asas pembangunan sektor pelancongan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu dilaksana secara lebih inklusif dengan kerjasama erat antara kerajaan,agensi dan penggiat industri.
Menjelang Kempen Tahun Melawat Malaysia tahun depan,beliau mencadangkan pengenalan segmen baharu seperti Quran Tourism bagi menarik pasaran pelancong Asia Barat.
Pihaknya turut menyambut baik fokus dan peruntukan kerajaan kepada sektor pelancongan melalui RMK13,terutama inisiatif untuk meningkatkan sumbangan industri itu kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 16 peratus menjelang 2030.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur