2025-08-19 HaiPress

PROTON e.MAS 7/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,18 Ogos - Kilang pembuatan kenderaan elektrik (EV) milik Proton Holdings Bhd (PROTON) di Tanjung Malim dijadual memulakan pengeluaran berskala penuhnya mulai September ini.
Pengeluar kenderaan nasional itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan,pembinaan infrastruktur bangunan telah 90.4 peratus siap.
Manakala,pemasangan peralatan sudah 83.5 peratus selesai,menjadikan kemajuan keseluruhan projek pada 86.9 peratus.
''Apabila siap sepenuhnya,kilang baharu ini akan menjadi pusat pengeluaran pelbagai model dengan menggunakan platform "Global Modular Architecture" (GMA).
''Pengeluaran pertama melibatkan model PROTON e.MAS 7,diikuti PROTON e.MAS 5,EV peringkat permulaan yang paling dinanti-nantikan di Malaysia,'' menurut kenyataan itu.
Kilang dengan kapasiti pengeluaran permulaan sebanyak 20,000 unit setahun ini berupaya diperluas dan menampung kapasiti sehingga 45,000 unit.
Pembangunan kemudahan ini dijangka muwujudkan lebih 200 peluang pekerjaan baharu untuk komuniti tempatan,terutamanya dalam bidang industrialisasi EV dan perkhidmatan teknikal.
''Sebagai rakan kongsi PROTON,Zhejiang Geely Holding Group (GEELY) menyediakan panduan teknikal mengenai sistem pengeluaran,membantu dalam pemilihan peralatan,dan menempatkan pakar untuk membantu pemasangan serta pengendalian ujian.
GEELY turut memudah cara latihan di luar negara untuk kakitangan PROTON dan memastikan kilang itu selari dengan piawaian pembuatan EV global,'' tambah kenyataan itu.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur