2025-08-19 HaiPress

Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan UUM,Profesor Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin (Foto Kecil)
KUALA LUMPUR,18 Ogos- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) diyakini mampu meningkatkan keyakinan pelabur serta memberi sentimen positif kepada peniaga dan pengguna,sekali gus memperkukuh asas pertumbuhan ekonomi negara.
Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan,Universiti Utara Malaysia (UUM),Profesor Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin berkata,walaupun pelaksanaannya hanya bermula pada tahun 2026,RMK13 menyediakan hala tuju jelas dan pelaksanaan sistematik yang memberi jaminan terhadap kestabilan ekonomi.
Ini termasuk usaha memperkukuh daya saing,peningkatan produktiviti dan inovasi,serta peralihan kepada industri berimpak tinggi.
"Inovasi merupakan aspek penting dan kalau kita lihat RMK13 yang bertemakan Melakar Semula Pembangunan,Malaysia mahu memfokuskan kepada ekonomi yang mempunyai pertumbuhan dan nilai tinggi.
Maksudnya,kita bukan sahaja ingin fokus kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata,malah menetapkan hala tuju seterusnya selain pertumbuhan ekonomi yang berkualiti," kata Profesor Madya Dr. Irwan ketika ditemu bual dalam program Biz Malaysia,hari ini.
Beliau menegaskan perancangan yang tersusun akan memastikan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja berasaskan angka,tetapi juga berkualiti serta mampan,sekali gus mengekalkan momentum positif walaupun berdepan ketidaktentuan global.
Tambahnya,tumpuan RMK13 terhadap inovasi dan pembangunan bakat termasuk pemerkasaan pendidikan TVET akan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
Ini selari usaha kerajaan dalam mengatasi masalah ketidakpadanan kemahiran dan pasaran buruh,selain menjamin pendapatan yang lebih bermaruah.
"TVET tidak lagi dilihat sebagai pilihan kedua. Ia kini menjadi teras untuk melahirkan graduan yang memiliki kepakaran sesuai dengan keperluan semasa,terutama dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI)," tambahnya.
Dalam masa sama,RMK13 turut menekankan transformasi ekonomi bernilai tinggi yang dilihat mampu membuka peluang pekerjaan baharu,memanfaatkan potensi laut dan maritim,menggalakkan industri kreatif serta menyediakan persediaan menghadapi masyarakat menua.
Beliau berkata pendekatan menyeluruh itu akan membolehkan Malaysia mengekalkan daya saing serantau,selain menarik pelaburan asing berkualiti tinggi dan memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian nilai global.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur