2025-08-19 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,18 Ogos - Pelabur asing meneruskan pembelian bersih saham Asia untuk minggu kedua berturut-turut,dengan mencatatkan aliran masuk bersih berjumlah AS$389.4 juta.
Menurut MBSB Investment Bank Bhd,hanya India dan Thailand merekodkan aliran keluar asing bersih,manakala negara lain menyaksikan aliran masuk bersih.
Laporan Aliran Dana pada minggu berakhir 15 Ogos 2025 memaklumkan,di peringkat domestik,pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka untuk minggu keenam berturut-turut dengan aliran keluar bersih sebanyak RM566.1 juta.
''Jumlah itu menyaksikan penurunan sebanyak 50 peratus berbanding aliran keluar sebanyak RM1.14 bilion minggu lepas.
“Pelabur asing mencatatkan jualan bersih pada setiap hari dagangan,dengan jumlah aliran keluar antara RM94 juta hingga RM167.4 juta,'' jelas bank pelaburan itu.
Tiga sektor utama yang mencatatkan aliran masuk asing bersih ialah perladangan (RM77.7 juta),hartanah (RM52.7 juta) dan perkhidmatan kewangan (RM42.2 juta).
Sementara itu,tiga sektor utama yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah utiliti (-RM209.5 juta),telekomunikasi dan media (-RM185.5 juta) dan penjagaan kesihatan (-RM152.7 juta).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur