2025-08-19 HaiPress

Azrul Reza Aziz
KUALA LUMPUR,19 Ogos – Pameran Teknologi Automotif Global (GATE) 2025 dijangka meraih potensi pelaburan dan perdagangan mencecah RM500 juta,sekali gus menjadi platform terbesar industri automotif untuk memacu kerjasama strategik baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif,Robotik dan IoT Malaysia (MARii),Azrul Reza Aziz berkata,potensi itu mengambil kira jumlah penyertaan 350 syarikat pempamer,dengan 50 hingga 60 peratus daripadanya sudah pun mengesahkan kehadiran.
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,70 peratus pempamer adalah daripada syarikat tempatan manakala 30 peratus lagi antarabangsa. Kali ini,kami menjangkakan lebih banyak kerjasama antarabangsa," katanya selepas Prapelancaran dan Sidang Media Pameran Teknologi Automotif Global (GATE) 2025 di ibu negara.
Sekurang-kurangnya lima hingga 10 memorandum persefahaman (MoU) dijangka dimeterai,melibatkan pemain tempatan dan antarabangsa meliputi pelbagai sektor dalam rantaian bekalan seperti getah,plastik,keluli,kejuruteraan elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.
Pameran itu bakal berlangsung dari 12 hingga 14 November depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan ia akan menjadi platform untuk mengetengahkan teknologi automotif merangkumi rantaian bekalan,pembuatan,kenderaan generasi baharu,kenderaan elektrik,mobiliti terhubung serta pembekal automotif.
Acara itu juga berperananan meningkatkan kadar penggunaan komponen tempatan dalam pengeluaran automotif di Malaysia,selain membuka peluang kepada vendor tempatan menembusi pasaran global.
Dianjurkan bersama Institut Automotif,Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Derrisen Sdn. Bhd,ia jangka menarik 20,000 pelawat dari pelbagai negara termasuk China,Eropah,Asia Barat dan ASEAN.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur