2025-08-19 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,19 Ogos - Prestasi perdagangan Malaysia kembali mencatatkan pertumbuhan positif pada Julai 2025,dengan nilai perdagangan meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM265.92 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan memaklumkan,eksport berkembang 6.8 peratus kepada RM140.45 bilion,nilai bulanan tertinggi sejak September 2022,sekali gus mencerminkan permintaan global yang berterusan terhadap barangan Malaysia.
Manakala,import meningkat 0.6 peratus kepada RM125.47 bilion. Lebihan dagangan pula berjumlah RM14.98 bilion,menjadikannya lebihan dagangan untuk 63 bulan berturut-turut.
''Eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) mencatat peningkatan ketara sebanyak hampir RM12 bilion kepada RM63.31 bilion,kenaikan sebanyak 22.5 peratus tahun ke tahun,berbanding Julai 2024.
''Ia kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan eksport Malaysia,di samping barangan optik dan saintifik serta barangan makanan diproses,'' jelas MITI dalam satu kenyataan.
Barangan lain yang turut menyumbang kepada pertumbuhan eksport adalah jentera,kelengkapan dan peralatan serta barangan perkilangan berasaskan minyak sawit.
Eksport ke semua rakan dagang utama iaitu ASEAN,China,Amerika Syarikat (AS),Taiwan dan Kesatuan Eropah (EU) mencatatkan pertumbuhan positif,dengan eksport ke Taiwan mencapai nilai tertinggi setakat ini.
''Bagi tempoh Januari hingga Julai 2025,jumlah dagangan meningkat 4.7 peratus kepada RM1.7 trilion berbanding tahun sebelumnya.
''Ini disokong pertumbuhan eksport yang naik 4.3 peratus kepada RM900.47 bilion dan import berkembang 5.1 peratus kepada RM830.16 bilion,menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM70.32 bilion,'' tambah kenyataan itu.
Prestasi perdagangan Malaysia yang memberangsangkan pada tujuh bulan pertamatahun 2025 direkodkan di sebalik penyemakan semula prospek perdagangan global.
Selain itu,keputusan kerajaan AS untuk mengurangkan tarif balas terhadap eksport Malaysia daripada 25 peratus kepada 19 peratus mencerminkan pendekatan diplomasi
perdagangan yang terancang dan berdisiplin dilakukan MITI.
Walaupun berdepan dengan cabaran perdagangan global dan tekanan tarif daripada AS,prestasi perdagangan Malaysia yang stabil telah menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 4.4 peratus bagi suku kedua 2025.
MITI dan MATRADE akan terus berwaspada dalam mengendali landskap perdagangan antarabangsa yang semakin berubah serta ketegangan geopolitik yang kian meningkat.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur