2025-08-19 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,19 Ogos - Ringgit kembali meningkat berbanding dolar US dan mata wang utama walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) catat kenaikan ketika ini di sebalik perundingan antara AS dan Ukraine,kata seorang penganalisis.
Pada 8 pagi,ringgit menokok kepada 4.2190/2320 berbanding dolar US daripada 4.2200/2240 ketika ditutup semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur memberi tumpuan kepada perbincangan yang sedang berjalan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy serta keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS bulan depan.
Semalam,Trump dilaporkan bertemu dengan Zelenskyy sebelum mengadakan perbincangan dengan pemimpin Britain,Jerman,Perancis,Itali,Finland,Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
"Indeks Dolar AS (DXY) meningkat menjelang minit mesyuarat Fed AS dan Simposium Ekonomi yang akan berlangsudng di Jackson Hole,Wyoming minggu ini.
"Nampaknya peniaga dan pelabur menunggu lebih banyak petunjuk sama ada bank pusat AS akan mengurangkan kadar dasar dalam mesyuarat akan datang pada September," katanya kepada Bernama.
Sementara itu,ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.8520/8610 daripada 2.8632/8661 pada Isnin,menokok berbanding pound Britain kepada 5.6986/7162 daripada 5.7139/7193 semalam dan melonjak berbanding euro kepada 4.9227/9379 daripada 4.9290/9336 sebelum itu.
Mata wang tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.2845/2949 daripada 3.2902/2936 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9648/13.0127 daripada 12.9942/13.0121 semalam.
Bagaimanapun,ringgit hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.40/7.43 berbanding 7.40/7.42 semalam dan rupiah Indonesia pada 260.4/261.3 berbanding 260.4/260.9 sebelumnya. - BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur