2025-08-19 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 Ogos – Jualan kenderaan di Malaysia mencatatkan peningkatan kukuh pada Julai 2025 dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) melonjak 28 peratus daripada bulan sebelumnya kepada 70,057 unit kenderaan.
Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA),pertumbuhan itu didorong oleh bilangan hari bekerja iaitu 23 hari pada Julai berbanding 19 hari pada Jun,selain pengeluaran yang lebih rendah pada bulan tersebut susulan sambutan Hari Raya Aidiladha.
Jualan bagi bulan tersebut disumbangkan oleh segmen kenderaan penumpang sebanyak 64,438 unit,menurun 4 peratus berbanding 67,473 unit pada Julai 2024.
"Kenderaan komersial merekodkan jualan 5,619 unit,susut 7 peratus berbanding 6,028 unit tahun sebelumnya.
"Bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini,sebanyak 443,777 unit kenderaan terjual,susut 5 peratus berbanding 464,952 unit dalam tempoh sama 2024.
"Daripada segi pengeluaran,sebanyak 71,439 unit kenderaan dihasilkan,meningkat 1 peratus berbanding 70,842 unit pada Julai tahun lalu.
"Bagaimanapun,pengeluaran susut 8 peratus kepada 424,065 unit berbanding 463,106 unit bagi tujuh bulan pertama 2024," menurut kenyataan itu.
MAA menjangkakan momentum jualan Julai akan berterusan pada Ogos 2025,disokong oleh stok kenderaan yang lebih tinggi hasil pengeluaran kukuh pada bulan sebelumnya.
Selain itu,promosi agresif sempena bulan kemerdekaan serta pelancaran beberapa model baharu turut dijangka menggalakkan jualan bagi bulan hadapan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur