2025-08-20 HaiPress

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-20 "Perkhidmatan Awam MADANI" pada 15 Ogos 2025
KUALA LUMPUR,20 Ogos – Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MAPPA XX) pada 15 Ogos lalu memberi penekanan kepada pembangunan bakat dengan laluan kerjaya lebih jelas serta budaya kerja cemerlang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan),Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata,dasar tersebut memberi fokus kepada dua jenis bakat utama dalam kalangan penjawat awam iaitu bakat berpotensi serta bakat kompeten.
“Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam yang dilancarkan Perdana Menteri semasa MAPPA XX pada 15 Ogos 2025 memberi tumpuan kepada pembangunan bakat dengan laluan kerjaya jelas serta budaya kerja cemerlang.
"Penekanan diberikan kepada dua jenis bakat iaitu bakat berpotensi iaitu pegawai yang menunjukkan prestasi cemerlang serta berkemampuan memikul tanggungjawab di gred jawatan yang lebih tinggi dan bakat kompeten iaitu pegawai yang memiliki set kompetensi yang diperlukan secara dalam melaksanakan tanggungjawab",katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pasir Gudang,Hassan Abdul Karim.
Tambahnya,pelaksanaan dasar itu masih perlu diperhalusi oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memastikan ia benar-benar memberi manfaat kepada penjawat awam muda yang berkelayakan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur