2025-08-20 HaiPress

Lamborghini antara kenderaan mewah yang disita JPJ Terengganu dalam Op Luxury fasa kedua di Kuala Terengganu. Foto- RTM
KUALA TERENGGANU,20 Ogos- Sebanyak lapan kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu dalam Operasi Khas Kenderaan Mewah (Op Luxury) fasa kedua yang dijalankan dari 1 hingga 19 Ogos lalu.
Tiga kenderaan terbaru yang disita semalam ialah Lamborghini,Nissan Fairlady dan Toyota Vellfire.
Pengarah JPJ Terengganu,Mohd Zamri Samion berkata semua kenderaan berkenaan disita kerana cukai jalan dan perlindungan insurans tamat tempoh,sekali gus melanggar peruntukan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Semua kenderaan ini disita bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans. Saya ingin menasihatkan semua pemilik kenderaan mewah supaya memastikan kenderaan mereka mempunyai insurans kerana ia adalah syarat wajib di bawah undang-undang. Ketiadaan insurans dan LKM membawa risiko besar sekiranya berlaku kemalangan,” katanya.
Beliau memaklumkan,tiada sitaan direkodkan dalam operasi fasa pertama yang dijalankan pada Julai lalu.
Kesemua lapan kenderaan mewah yang disita itu termasuk BMW 523i,Land Cruiser Prado,Lexus NX 300,Mercedes-Benz,Nissan Fairlady,Lamborghini serta dua Toyota Vellfire.
Semua kenderaan berkenaan kini ditempatkan di Depoh Kenderaan Sita JPJ Terengganu di Bukit Kecil untuk tindakan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur