2025-08-20 HaiPress

Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bercakap kepada media selepas merasmikan Konvensyen Kejuruteraan Kebangsaan 2025 (NEC2025) di Connexion Conference and Event Centre,Bangsar South,hari ini. Foto- BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Ogos- Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mendapatkan laporan penuh berhubung kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal di Persiaran Mokhtar Dahari,Shah Alam semalam sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jalan berkenaan dipercayai berada di bawah seliaan kerajaan negeri Selangor melalui syarikat konsesi yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan.
“KKR akan memastikan pihak berwajib di negeri ini,khususnya syarikat konsesi,segera mengambil langkah pembaikan sekiranya kemalangan berpunca daripada kerosakan jalan atau kewujudan lubang di laluan berkenaan.
“Kita tidak mahu tragedi seumpama ini berulang kerana ia boleh mengundang lebih banyak kehilangan nyawa,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Kejuruteraan Kebangsaan 2025 (NEC2025) di ibu negara.
Beliau turut menegaskan KKR bersedia membantu kerajaan negeri dalam memastikan aspek keselamatan jalan raya sentiasa diberi perhatian.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur