2025-08-20 HaiPress

Orang ramai tidak melepaskan peluang beriadah di laman padi pada Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),Serdang,Selangor/Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,20 Ogos - Kejayaan penganjuran Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bersama Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 mencerminkan pertanian kini semakin mendapat perhatian meluas dalam kalangan masyarakat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,edisi MAHA akan datang dijangka lebih meriah bukan sahaja dari segi jumlah pengunjung,malah turut menyaksikan peningkatan nilai jualan serta penyertaan yang lebih meluas.
“MAHA tahun lepas tarik kehadiran lebih lima juta pengunjung,kita mahu MAHA akan datang bukan sahaja lebih hebat dari segi kehadiran pengunjung tetapi dari sudut nilai jualan dan dapat tingkatkan kefahaman mereka yang terlibat dalam sektor ini.
“Kita nak jadikan pertanian ini bukan sekadar kerja sambilan tetapi punca pendapatan utama rakyat negara ini. Sekarang kita lihat ramai anak muda cebur diri dalam bidang pertanian,” katanya.
Beliau berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2025,hari ini.
Tambah beliau,selain kejayaan domestik,kerajaan turut memberi perhatian kepada usaha memperkukuh dagangan hasil pertanian di peringkat antarabangsa.
“Pada masa sama,kita juga mahu tumpu penglibatan,bukan hanya menambah penglibatan pihak antarabangsa pada MAHA yang akan datang.
“Sebab kita lihat,apabila kita pergi ke Eropah atau ke Asia Barat,barang makanan lebih banyak dibekalkan daripada Thailand dan Vietnam. Oleh itu,kita kena usaha lebih gigih.
“Kita harap pengusaha serta badan-badan lain dapat mempertingkatkan usaha dalam dagangan barang pertanian di peringkat antarabangsa,khasnya di sebelah Asia Barat,Eropah,Amerika Latin dan Amerika Syarikat,” katanya.
MAHA 2024 yang memasuki edisi ke-100 telah menarik kehadiran lebih 5.5 juta pengunjung sepanjang 12 hari penganjuran di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada 11 hingga 22 September tahun lepas serta merekodkan RM48.5 juta nilai jualan langsung.
HPPNK 2025 yang berlangsung di Sabah pada 1 hingga 3 Ogos lepas pula menerima kehadiran lebih 500,000 pengunjung,dengan nilai jualan melebihi RM15 juta.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur