2025-08-20 HaiPress

Kes yang dilaporkan di negeri Perak meningkat kepada 425 kes berbanding 175 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lepas. - Foto BERNAMA
IPOH,20 Ogos - Perak mencatatkan jumlah kes keganasan rumah tangga kedua tertinggi di Malaysia dengan 653 kes direkodkan sehingga Jun 2025,melibatkan mangsa lelaki dan wanita.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata setakat April lepas,kes yang dilaporkan di negeri itu meningkat kepada 425 kes berbanding 175 kes yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun lepas.
Menurut beliau,kebanyakan mangsa terlibat berumur antara 36 hingga 45 tahun.
"Bila kita cakap mengenai peningkatan mesti ada dua sebab iaitu satu memang betul- betul dia jadi mangsa dan dia lapor kepada pihak polis. Yang kedua apabila kita membuat advokasi seperti yang kita buat pada hari ini sehingga menampakkan lebih ramai mangsa keganasan rumah tangga," katanya selepas merasmikan Program Advokasi Kesejahteraan untuk Wanita@ dan Keganasan Rumah Tangga atau (Aku Wanita @KRT) negeri Perak di Dewan Galasa Caldwell di sini.
Program tersebut bertujuan mendekati masyarakat melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang ramai tentang keganasan rumah tangga.
Selangor merekodkan kes keganasan rumah tangga paling ramai dengan 687 kes,diikuti Johor (440 kes),Kedah (379 kes) dan Sabah (289 kes).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur