2025-08-20 HaiPress

Ketua Polis Kuala Lumpur,CP Datuk Fadil Marsus - Foto Bernama
KUALA LUMPUR,20 Ogos - Polis Kuala Lumpur mengumumkan pelaksanaan kawalan keselamatan serta penutupan jalan di beberapa lokasi utama sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68,yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025.
Ketua Polis Kuala Lumpur,CP Datuk Fadil Marsus,berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persiapan rapi bagi memastikan keselamatan awam,kelancaran lalu lintas serta kelangsungan acara peringkat nasional itu berjalan lancar.
Beliau memaklumkan,seramai 2,708 pegawai dan anggota akan ditugaskan sepanjang sambutan dengan jangkaan kehadiran orang ramai mencecah 100,000 pengunjung.
“PDRM turut melaksanakan Op Pencegahan Jenayah sempena Ambang Merdeka 2025 dengan memberi tumpuan terhadap pemantauan kawasan tumpuan awam,lokasi riadah serta usaha pencegahan jenayah di sekitar ibu kota,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau,penutupan jalan bagi sesi raptai pada 26,27,28 dan 29 Ogos 2025 akan dilaksanakan dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari melibatkan 14 laluan di Putrajaya.
Penutupan penuh pula akan bermula pukul 10.00 malam,29 Ogos sehingga 31 Ogos 2025 membabitkan 14 laluan utama menuju ke kawasan Core Island.
Perkhidmatan bas ulang-alik percuma dengan kekerapan 15 minit akan beroperasi dari tiga lokasi berbeza,manakala MRT Putrajaya Line akan beroperasi dari pukul 12.01 pagi,30 Ogos sehingga pukul 12.00 malam,31 Ogos.
Selain itu,perkhidmatan Teksi Air turut disediakan pada 30 Ogos dari pukul 8.00 malam hingga 1.00 pagi (berbayar) serta pada 31 Ogos dari pukul 5.00 pagi hingga 2.00 petang secara percuma.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,Bilik Gerakan JSPT KL (03-2071 9999) atau laman Facebook rasmi Polis KL.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur