2025-08-20 HaiPress

Kesemua barang kes dilupuskan mengikut peruntukan Perintah Tetap Ketua Polis Negara D207 (Pelupusan Barang Kes). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR,20 Ogos - Polis Kuala Lumpur melupuskan barang kes melibatkan pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang bernilai RM44.3 juta.
Ketua Polis Kuala Lumpur,CP Datuk Fadil Marsus,berkata pelupusan itu melibatkan 839 kilogram dadah dan 1,345 liter cecair,membabitkan 21,293 kertas siasatan dari tahun 2009 hingga 2024.
Beliau berkata,kesemua barang kes itu dilupuskan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur mengikut peruntukan Perintah Tetap Ketua Polis Negara D207 (Pelupusan Barang Kes) di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn Bhd,Bukit Pelandok,Negeri Sembilan.
Katanya pada sidang media Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,di sini.
Nilai keseluruhan dadah yang dilupuskan dianggarkan mampu menjejaskan lebih 1.7 juta individu sekiranya berjaya diedarkan di pasaran.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur