2025-08-20 HaiPress

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam tempoh sama,seramai 20,792 orang telah mendapatkan khidmat nasihat menerusi program berkenaan. Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,20 Ogos- Sebanyak 1,633 program MEKAR berjaya dilaksanakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara setakat 31 Julai lepas dengan 24,863 permohonan telah diterima dan diproses.
Menteri Dalam Negeri,792 orang telah mendapatkan khidmat nasihat menerusi program berkenaan.
"Bagi program MEKAR DIDIK pula,khusus kita sasar anak-anak sekolah yang saya telah lancarkan pada November 2024 dengan 12,101 pelajar telah kita bantu uruskan dokumen untuk mereka bagi tempoh November 2024 sehingga Jun 2025," ujarnya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini.
Inisiatif sama juga katanya akan dilaksana kepada rakyat Malaysia yang bermaustatin atau tinggal di luar negara yang dikenali sebagai MEKAR Diaspora.
"Ikut jadual kami,kami akan adakan di Melbourne,Australia pada 14 hingga 28 September 2025 diikuti di London pada 5 hingga 17 Oktober 2025," katanya.
MEKAR Diaspora menyasar untuk menyelesaikan masalah hampir 400 warganegara Malaysia yang berdepan kesulitan untuk mendapatkan pengenalan diri bagi setiap lokasi di Melbourne dan London.
MEKAR merupakan program di bawah JPN yang memberi perkhidmatan secara terus kepada rakyat yang tiada keupayaan untuk hadir ke mana-mana pejabat JPN bagi mendapatkan perkhidmatan termasuk pendaftaran kad pengenalan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur