2025-08-20 HaiPress

34 perkhidmatan penting kerajaan akan dihimpunkan dalam aplikasi MyGOV (Versi Beta) fasa pertama. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Ogos - 34 perkhidmatan penting kerajaan akan dihimpunkan dalam aplikasi MyGOV (Versi Beta) fasa pertama yang akan dilancarkansecara rasmi pada 23 Ogos ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Digital Fabian Bigar berkata aplikasi mudah alih bersepadu itu akan berperanan sebagai satu gerbang sehenti yang menyatukan perkhidmatan kerajaan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi di bawah satu bumbung digital.
Begitupun aspek keselamatan data akan terus menjadi keutamaan bagi memastikan setiap akses dan transaksi dilindungi.
"Antara perkhidmatan disediakan ialah dokumen digital seperti MyKAD,Lesen Memandu,Cukai Jalan,Pasport dan Kad OKU,rekod kesihatan melalui MySejahtera termasuk temujanji klinik,imunisasi,rawatan pergigian dan pemeriksaan kesihatan; saman trafik dan semakan status dokumen; serta chatbot berkuasa AI untuk interaksi segera dan sokongan pengguna.
"Apabila aplikasi ini disepadukan secara sepenuhnya,MyGOV akan menjadi satu hab tunggal untuk perkhidmatan digital kerajaan di mana rakyat bukan sahaja boleh menggunakan aplikasi ini tetapi juga dapat berurus niaga,membayar dan menyelesaikan proses rasmi dalam satu platform yang dipercayai," katanya ketika berucap pada sesi pengenalan aplikasi MYGOV Malaysia (Versi Beta) di ibu negara.
Menurut Fabian,sesi libat urus bersama rakyat akan dilaksana bagi memastikan pembangunan aplikasi MyGOV ini memenuhi kehendak dan keperluan rakyat.
Setiap maklum balas yang diterima akan dianalisis untuk memastikan aplikasi berkenaan dapat ditambah baik secara berterusan dan kekal relevan kepada pengguna.
MyGOV Versi Beta akan dilancarkan semasa Program MADANI Rakyat Negeri Sembilan di Nilai yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur