2025-08-20 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,20 Ogos - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM9.35 bilion kepada lebih tiga juta pembayar cukai sehingga 30 Jun 2025,kata Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen,kementerian itu berkata daripada jumlah pembayar cukai yang terlibat,sebanyak 1.07 juta pembayar cukai telah menerima bayaran balik sepenuhnya yang berjumlah RM2.73 bilion.
Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) berhubung jumlah bayaran balik lebihan cukai yang tertunggak,faktor kelewatan dan tempoh masa pelaksanaannya.
MOF menambah bayaran balik cukai untuk syarikat,yang biasanya melibatkan jumlah lebih besar akan dibuat mengikut keutamaan dengan mendahulukan kes tertunggak lebih lama.
"Ini bagi memastikan semua pembayar cukai yang layak akan menerima sekurang-kurangnya sebahagian bayaran balik contohnya dalam tahun ini,manakala bakinya akan disalurkan sama ada dalam tahun yang sama atau pada tahun berikutnya berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan," kata kementerian itu.
Sementara itu,MOF berkata pengenaan cukai jualan kepada barangan bernilai rendah (LVG) telah dilaksanakan bermula 1 Januari,2024 dan tidak terlibat dalam skop semakan semula cukai jualan.
LVG dikenakan ke atas semua barang dari luar negara yang bernilai kurang daripada RM500 dan dijual secara dalam talian atau melalui online platform (online marketplace) oleh penjual berdaftar.
“Pengenaan cukai LVG tidak melibatkan barang yang dikilangkan secara tempatan,” kata kementerian itu bagi menjawab pertanyaan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN–Pagoh) mengenai strategi kerajaan menangani kesan peluasan SST terhadap kos sara hidup rakyat dan beban operasi perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS). -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur