2025-08-20 HaiPress

Felo Kanan IDEAS,Prof Madya Dr Renato Lima.
KUALA LUMPUR,20 Ogos - Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mencadangkan penetapan harga karbon pada RM200 setiap tan karbon dioksida,bagi memastikan pengeluaran keluli rendah karbon di Malaysia berdaya maju secara komersial.
Felo Kanannya,Prof Madya Dr Renato Lima berkata,pelaksanaanya wajar dilakukan segera,namun secara berfasa untuk mencapai harga rujukan itu menjelang 2030.
Jelasnya,penetapan harga karbon yang tinggi akan menggalakkan peralihan sektor keluli ke arah pelepasan karbon yang lebih rendah dan bernilai tinggi.
Malah,ia berpotensi menyumbang RM3 bilion setahun kepada hasil kerajaan,yang boleh dilaburkan semula bagi menyokong proses penyesuaian pengeluar dan pengguna keluli.
“Apabila kita beralih daripada kaedah yang menyebabkan pencemaran yang tinggi dalam pengeluaran keluli iaitu relau bagas,kepada teknologi rendah karbon,ini memberikan impak berkesan kepada ekonomi.
''Ini membolehkan pengeluar yang menggunakan teknologi lebih bersih dapat bersaing dengan lebih adil dalam pengeluaran keluli yang lebih lestari," katanya selepas pelancaran laporan dasar Penetapan Harga Karbon untuk Industri Keluli Malaysia: Merangsang Pertumbuhan Mampan.
Laporan ini menilai profil pelepasan karbon oleh sektor keluli Malaysia dan membincangkan pilihan reka bentuk dasar berkaitan pelepasan karbon.
Cadangan ini turut menyokong pelaksanaan harga karbon oleh kerajaan bagi sektor keluli,sekaligus membantu Malaysia memenuhi komitmen iklim nasional dan kekalkan daya saing ekonomi global.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur