2025-08-21 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
ISKANDAR PUTERI,20 Ogos -Sebuah kawasan perindustrian moden dan pegangan bebas akan dibangunkan di Tanjung Langsat,Pasir Gudang dengan nilai pembangunan kasar mencecah lebih RM2 bilion.
Projek yang dikenali sebagai MBW Innexus Industrial City itu melibatkan kawasan seluas hampir 300 hektar dan merangkumi 13 lot perindustrian. Ia dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2027.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,projek itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan Johor dan Malaysia.
Ia juga sebahagian daripada inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura yang bakal menikmati dasar mesra pelabur serta fasilitasi perniagaan daripada kerajaan negeri dan persekutuan.
"Ini seperti ayam dan telur,di mana kita perlu berinvestasi untuk memastikan pelabur-pelabur ketika mereka datang ke Malaysia dan tentu saja dalam kes ini ke Johor mempunyai ekosistem yang betul untuk membangun kilang mereka. Mereka mencari kawasan di mana ekosistem ada. Dan Johor,selama ini,telah membangun ekosistem yang telah menarik banyak pelaburan ke negeri," katanya kepada pemberita,di sini.
MBW Innexus Industrial City akan dilengkapi infrastruktur kukuh termasuk stesen pengambilan utama 132 kilo volt,tangki air berkapasiti tinggi,loji rawatan kumbahan dan rangkaian jalan raya.
Kemudahan sokongan lain merangkumi asrama pekerja,masjid,gerai dan taman komuniti,mewujudkan ekosistem perniagaan dan masyarakat dapat berkembang bersama.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur