2025-08-21 HaiPress

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,sasaran dibuat berdasarkan prestasi pelaburan yang memberangsangkan bagi suku pertama tahun ini. Foto BERNAMA
SEREMBAN,20 Ogos - Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan nilai pelaburan baharu lebih 10 billion ringgit tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata,sasaran dibuat berdasarkan prestasi pelaburan yang memberangsangkan bagi suku pertama tahun ini.
Bagi suku kedua,Negeri Sembilan akan menerima pelaburan baharu bagi sektor perindustrian termasuk pengeluar semikonduktor dari China pada Oktober 2025 di koridor Lembah Wawasan Malaysia (MVV) 2.0
"Kerajaan negeri juga akan melancarkan satu projek di kawasan perindustrian baharu berskala besar pada Oktober bersempena Sidang Kemuncak ASEAN.
“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan sebuah kilang baharu pembuatan kenderaan perisai nasional sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Negeri Sembilan Sabtu ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini.
Dalam pada itu beliau berkata,meskipun negara berdepan dasar tarif timbal balik Amerika Syarikat,namun sehingga kini tiada pelabur asing menarik diri,malah Negeri Sembilan terus menerima kemasukan pelaburan baharu.
"Setakat ini,belum ada pelabur asing yang menarik diri atau menghentikan pelaburan mereka di sini. Tarif yang dikenakan tidak memberi kesan besar kepada aliran pelaburan kerana kadarnya tidak terlalu tinggi,justeru Malaysia kekal menjadi destinasi pilihan pelabur di rantau ini.
“Sehubungan itu,semakin ramai pelabur datang ke negara ini dan ia memberikan keyakinan kepada kita bahawa Negeri Sembilan juga akan terus menjadi antara lokasi pilihan pelaburan," katanya.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur