2025-08-21 HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil,bercakap pada Mesyuarat Kedua,Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Ogos - Semua agensi dibawah Kementerian Komunikasi seperti Jabatan Penerangan (JAPEN),Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan Jabatan Penyiaran diminta menghasilkan kandungan yang dapat meningkatkan tahap kefahaman rakyat mengenai sesuatu isu seperti tular di media sosial.
Menterinya,Datuk Fahmi Fadzil berkata,ia terutamanya kandungan yang berupaya meningkatkan kefahaman orang ramai berkaitan kes kematian Allahyarham Zara Qairina yang sedang dibicarakan di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu.
Jelasnya,terdapat segelintir pempengaruh media sosial mengambil kesempatan dengan menjadikan kes berkenaan sebagai kandungan di TikTok bagi meraih keuntungan.
"Kita nampak ada satu budaya rata -rata warga netizen,mereka menerima bulat-bulat apa yang mereka lihat di media sosial. Sebagai contoh,ada yang menjadi mangsa kepada penipuan dalam talian dan ada yang percaya di Gerik,Hulu Perak ada kereta kabel.
"Ada juga yang percaya fitnah yang di hasilkan bahawa Allahyarham Zara Qairina telah meninggal dunia akibat di masukkan dalam mesin basuh.
"Pakar patologi kononnya,dalam "Tik Tok live" mendakwa dia adalah pakar,walhal bila kita buat semakan dengan Kementerian Kesihatan dia bukan doktor pun dan kami di maklumkan dia ada sejarah penipuan dalam talian," tegas beliau.
Datuk Fahmi turut mengingatkan pengguna media sosial supaya berhati-hati dengan kandungan yang dimuat naik di platform media sosial bagi mengelak berlaku salah faham.
"Media sosial ini kita perlu berhati-hati. Ia bukan seperti media arus perdana,bukan seperti surat khabar di mana akhbar kita tahu ada etika dan integriti kewartawanan.
"Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Sabah,Persatuan Wartawan Sabah (SJA) telah mengeluarkan satu kenyataan mengkritik pempengaruh yang datang memenuhi tempat-tempat seolah-olah mereka wartawan dan bertanya soalan tapi sebenarnya niat mereka untuk hasilkan kandungan dengan niat meraih keuntungan untuk diri sendiri," katanya.
Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kinabatangan,Datuk Seri Bung Moktar Radin pada sesi penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur