2025-08-21 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Ogos - Kementerian Pengangkutan (MOT),Perbadanan Aset Kereta Api (RAC) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu memastikan setiap fasa perolehan kereta api elektrik (EMU) secara pajakan menggunakan rundingan terus sebelum sebarang komitmen kewangan dibuat.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata,perkara itu antara syor yang dicadangkan jawatankuasa itu selepas membentangkan penyata PAC berhubung perolehan EMU,hari ini.
Menurut beliau,laporan mendedahkan bahawa projek berjumlah anggaran RM10.7 bilion bagi menambah 62 set tren masih berada di peringkat awal perancangan,tanpa sebarang keputusan muktamad atau kontrak ditandatangani.
Katanya,PAC berpandangan ketelusan dan kecekapan amat penting dalam sebarang perolehan mega bagi mengelakkan beban kewangan jangka panjang kepada kerajaan dan rakyat.
Sehubungan itu,PAC menggariskan tujuh syor penambahbaikan antaranya kerajaan perlu melengkapkan kajian kos faedah antara pajakan dan pembelian terus,memuktamadkan pemilihan mata wang bagi pembayaran,serta memastikan syarikat milik kerajaan memegang sekurang-kurangnya 51 peratus kepentingan dalam CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn. Bhd.
"Yang pertama kerajaan perlu melengkapkan kajian terperinci oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS),mengenai perbandingan antara model pajakan dan juga pembelian terus termasuklah analisis kos faedah jangka panjang dan hasil kajian ini harus diumumkan secara telus kepada pihak umum.
"Dan yang terakhir sekali,kerajaan perlu menggalakkan penglibatan syarikat tempatan dalam menyelenggarakan tren sedia ada melalui tender terbuka. Jadi,orang ramai boleh membaca setiap keterangan dalam penemuan penyata ini dengan melayari laman web PAC," katanya.
Antara dapatan utama lain termasuk cadangan penggunaan tren keluaran CRRC China berdasarkan pengalaman serta fasiliti pemasangan di Batu Gajah,Perak.
Datuk Mas Ermieyati menegaskan,PAC komited memastikan dana awam diurus dengan integriti dan perolehan tren dipantau secara telus. Orang ramai boleh membaca penyata penuh melalui laman web rasmi PAC di portal Parlimen Malaysia.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur