2025-08-21 HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil,bercakap pada Mesyuarat Kedua,Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Ogos - Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan perkataan 'menghina' dan 'menjengkelkan' dalam Seksyen 233 (1) ( a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah tidak berpelembagaan.
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata,peruntukan asal undang undang tersebut merupakan draf yang diwarisi daripada kerajaan sebelum ini.
Sehubungan itu,beliau menegaskan akan menelti dengan teliti proses rayuan tersebut dan menyerahkan perkara ini kepada AGC.
"Untuk makluman semua,inilah antara sebab kenapa kementerian,saya dan Timbalan Menteri sewaktu mula menjawat jawatan ini kami diberikan 1 draf asal pindaan kepada seksyen 233.
"Kalau saya boleh maklumkan sekarang,ia bersifat lebih "draconian" daripada akhirnya apa yang kami telah uruskan,murnikan bawa ke dewan ini yang mana sekarang kita tahu seksyen 233 tidak hanya melibatkan jelik tapi jelik melampau dengan enam huraian yang dengan jelas menyatakan beberapa aspek ini bukan satu kesalahan seperti satira dan parodi," katanya.
Sementara itu,mengulas mengenai kes lima remaja berusia bawah 18 tahun yang dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu,Sabah,katanya nama mereka tidak boleh didedahkan kerana terikat dengan kerahsiaan di bawah Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
"Memang benar Akta Kanak-anak 2001 Seksyen 15 dengan sangat jelas menyatakan bahawa terdapat sekatan-sekatan yang dikenakan apabila sesuatu kes itu melibatkan kanak-kanak.
"Bukan atas arahan mana-mana pihak tapi berdasarkan undang-undang sedia ada. Mana-mana kes yang melibatkan kanak-kanak bawah 18 tahun memang akta kanak-kanak akan terpakai,jadi ia secara automatik," tambahnya lagi.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur