2025-08-21 HaiPress

Allahyarham Azizi dikejarkan ke PPUM selepas rebah ketika mengikuti perlawanan bola tampar di Angkasapuri Kota Media petang tadi
KUALA LUMPUR,20 Ogos -Penerbit Rancangan di Unit Antarabangsa Bahagian Berita Ehwal Semasa Radio Televisyen Malaysia (RTM),Azizi Harun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.57 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Azizi,55,dikejarkan ke PPUM selepas rebah ketika mengikuti perlawanan bola tampar di Kompleks Sukan,Angkasapuri Kota Media petang tadi.
Difahamkan,jenazah akan dimandikan dan dikafankan di Masjid Kolej Islam Malaya,Petaling Jaya seterusnya dibawa ke Masjid Muhammadi,Angkasapuri Kota Media untuk urusan solat jenazah dan dikebumikan di Ipoh,Perak esok.
Terdahulu,suasana hiba menyelubungi pekarangan Unit Trauma dan Kecemasan PPUM apabila ahli keluarga,saudara mara dan rakan setugas tidak dapat menahan kesedihan atas pemergian Allahyarham.
Allahyarham meninggalkan dua balu,dan tujuh orang anak.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur