2025-08-21 HaiPress

Foto Jabatan Perikanan Negeri Kedah
KUALA KEDAH,21 Ogos – Tiga buah sampan yang didapati menggunakan pukat rawa surong,sejenis peralatan menangkap ikan yang diharamkan,dirampas dalam satu operasi rutin oleh enam anggota Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Langkawi di perairan Kuala Tebengau,dekat sini.
Pengarah Perikanan Negeri Kedah,Sukri Deris berkata kesemua bot terbabit ditahan antara pukul 12.10 hingga 2.00 pagi semalam.
“Barangan yang dirampas termasuk sampan serta peralatan pukat rawa surong dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM34,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kes berkenaan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Kuala Kedah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 serta Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980.
Mengulas lanjut,Sukri berkata penggunaan pukat rawa surong dilarang kerana memberi kesan buruk kepada ekosistem laut.
“Alat ini bukan sahaja memerangkap anak-anak ikan komersil yang bernilai rendah lalu dibuang,malah turut merosakkan dasar laut serta mengganggu hasil tangkapan nelayan tradisi lain kerana air menjadi keruh.
“Tindakan tegas diambil bagi memastikan kelestarian sumber perikanan negeri terus terpelihara untuk generasi akan datang,” ujarnya.
Beliau turut menggesa semua pihak agar mematuhi undang-undang bagi mengelakkan kemusnahan sumber perikanan yang menjadi aset bersama.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur