2025-08-21 HaiPress

Akauntan Negara Malaysia,Datuk Nor Yati Ahmad/Foto UiTM
KUALA LUMPUR,21 Ogos- Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Perakaunan mengumumkan pelantikan Akauntan Negara Malaysia,Datuk Nor Yati Ahmad,sebagai Profesor Adjung,sekali gus memperkukuh hubungan akademik dengan sektor perkhidmatan awam.
Menurut UiTM dalam satu kenyataan,ia merupakan permulaan kerjasama strategik antara UiTM dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam memperkasa pendidikan tinggi,penyelidikan terapan dan pembangunan modal insan dalam bidang perakaunan.
Dalam ucapan sulung Datuk Nor Yati,pelantikan itu bukan sekadar penghormatan peribadi,sebaliknya suatu amanah strategik yang mencerminkan kepentingan kolaborasi antara institusi pelaksana dasar dan institusi ilmu.
"Sebagai Akauntan Negara,saya memahami betapa pentingnya kerjasama antara institusi pendidikan dan agensi pelaksana. UiTM dan JANM berkongsi visi untuk melahirkan akauntan profesional yang kompeten,berintegriti dan berjiwa rakyat," katanya.
Beliau menegaskan kejayaan pentadbiran dan transformasi kewangan negara tidak dicapai secara individu,tetapi melalui jaringan kepercayaan dan kolaborasi.
Sejak berkhidmat dalam perkhidmatan awam,katanya,beliau melihat UiTM sebagai pelantar masa depan negara manakala JANM pula sebagai nadi pengurusan amanah rakyat.
"Saya amat bersyukur diberi ruang oleh UiTM untuk menyumbang bukan sahaja melalui ceramah,tetapi juga perbincangan dasar,pemetaan kurikulum dan bimbingan pelajar," katanya.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur