2025-08-21 HaiPress

Pengurus Negara PropertyGuru dan iProperty Malaysia,Kenneth Soh/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Ogos - Platform pasaran hartanah PropertyGuru Malaysia,melancarkan ciri Lencana Pengesahan bagi meningkatkan keyakinan pengguna terhadap segmen hartanah digital dan membanteras penipuan dalam talian.
Pengurus Negara Malaysia,PropertyGuru & iProperty,Kenneth Soh berkata,ciri baharu itu memudahkan pengguna untuk mengenal pasti ejen hartanah berlesen serta dipercayai di platform berkenaan.
"Berdasarkan data Lembaga Penilai,Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH),lebih 1,500 mangsa ditipu ejen tidak berlesen antara 2019 hingga 2023 dengan kerugian hampir RM60 juta.
''Sehubungan itu,inisiatif ini amat penting untuk meningkatkan kepercayaan dalam ekosistem ini ke tahap yang lebih tinggi.
''Kami mahu memperkukuh serta mempromosikan ejen yang sah di platform kami,dan menunjukkan kepada pengguna bahawa inilah ejen profesional dan boleh dipercayai apabila mereka menyenaraikan hartanah di PropertyGuru,'' katanya selepas Majlis Pelancaran Lencana Verified PropertyGuru,di sini hari ini.
Pihaknya komited untuk memastikan sehingga 10,000 ejen berdaftar mempunyai Lencana Verified menjelang hujung tahun ini.
"Setiap ejen wajib mempunyai lesen sah sama ada dari Perunding Hartanah Berdaftar (REN),Ejen Harta Tanah (REA) dan Ejen Harta Tanah Percubaan (PEA) sebelum diberi lencana pengesahan,'' katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur