2025-08-25 HaiPress

Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz merasmikan Kempen Kesedaran Jenayah Buli,Penderaan dan Jenayah Seksual di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan
SEREMBAN,25 Ogos – Kegagalan melindungi mangsa bukan hanya kelemahan individu,sebaliknya mencerminkan kegagalan sistem perlindungan dan kesedaran masyarakat.
Demikian titah Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz ketika merasmikan Kempen Kesedaran Jenayah Buli,Penderaan dan Jenayah Seksual di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan,Negeri Sembilan,hari ini.
Program anjuran Pertubuhan Ikon Malaysia itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu kritikal yang semakin membimbangkan,khususnya melibatkan kanak-kanak dan remaja.
Majlis berkenaan bermula seawal pukul 7.40 pagi dengan kehadiran pelbagai agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan bagi menyampaikan mesej mengenai bahaya serta kesan jenayah buli dan penderaan terhadap kanak-kanak.
Dalam ucapannya,Tunku Zain menegaskan jenayah buli,penderaan dan serangan seksual semakin berleluasa akibat pengaruh media sosial,tekanan rakan sebaya serta kecuaian masyarakat.
“Polisi dan sistem sedia ada perlu ditambah baik dengan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang,mempercepat tindakan terhadap aduan serta menyediakan latihan kepada guru,polis dan pegawai kebajikan masyarakat. Ini bukan soal menghukum semata-mata,tetapi soal pencegahan,pemulihan dan membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita,” titah Tunku Zain.
Tunku Zain turut menekankan,kegagalan itu berlaku apabila penderitaan mangsa ditenggelamkan oleh ketakutan,stigma dan budaya diam.
“Kempen ini bukan sekadar simbolik,malah ia seruan kepada seluruh masyarakat termasuk ibu bapa,guru,pemimpin komuniti untuk bersama-sama mewujudkan persekitaran selamat dan penyayang di sekolah serta di rumah,” jelas baginda.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur