2025-08-25 HaiPress

Mandatory Standards for Quality of Service (MSQoS) / Foto LOWYAT
KUALA LUMPUR,25 Ogos – Kerajaan menetapkan beberapa piawaian khusus bagi memastikan rakyat menikmati perkhidmatan komunikasi yang stabil dan berkualiti,termasuk kelajuan minimum internet,tahap capaian serta keupayaan rangkaian.
Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching,berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menguatkuasakan Mandatory Standards for Quality of Service (MSQoS) yang wajib dipatuhi semua penyedia perkhidmatan komunikasi di seluruh negara.
Beliau berkata,piawaian tersebut meliputi pelbagai aspek teknikal yang menjadi ukuran kualiti perkhidmatan.
“Untuk makluman,pada tahun 2024,purata kelajuan muat turun tidak boleh kurang daripada 7.7 Mbps. Namun,sejak 1 Januari tahun ini,piawaian telah dinaikkan kepada minimum 10 Mbps.
Selain itu,kadar kehilangan pakej tidak boleh melebihi 0.5 peratus,tahap aksesibiliti tidak kurang daripada 90 peratus,tempoh muat turun fail tidak boleh melebihi 5 saat,manakala penstriman video perlu dimainkan dalam tempoh tidak lebih 6 saat,” katanya ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.
Jelasnya,pemantauan turut meliputi rangkaian 5G dengan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) khusus yang telah ditetapkan kepada penyedia perkhidmatan terpilih.
Tambahnya lagi,tindakan akan diambil oleh MCMC sekiranya penyedia perkhidmatan gagal mencapai piawaian yang ditetapkan.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Permatang Pauh,Muhammad Fawwaz Mohamad Jan,berhubung pelaksanaan standard kualiti komunikasi di negara ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur