2025-08-25 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,25 Ogos – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan,ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat terhadap negara rakan dagang,termasuk Malaysia,boleh memberi kesan besar kepada sektor ekonomi,khususnya industri semikonduktor yang melibatkan puluhan ribu pekerja tempatan.
Menurut beliau,rundingan mengenai tarif itu masih berterusan dan perlu dipantau dengan teliti kerana sebarang perubahan mampu menjejaskan eksport negara.
“Landskap ekonomi dunia sudah tidak menentu terutama terkait tarif oleh Presiden Donald Trump. Walaupun kadar telah diturunkan daripada 25 peratus kepada 19 peratus,rundingan ini masih belum ada noktahnya. Kita gusar kerana Malaysia merupakan rakan dagang Amerika Syarikat dalam produk semikonduktor. Setakat ini,eksport bernilai RM200 bilion dikecualikan,namun kita harap ia dapat dipertahankan kerana kesannya amat besar kepada puluhan ribu pekerja serta ribuan syarikat pembekal,termasuk bumiputera dan bukan bumiputera,” katanya.
Tambah Perdana Menteri,isu tarif berkenaan bukan sahaja melibatkan syarikat besar,tetapi juga memberi impak langsung kepada rantaian pembekal dan pekerja dalam industri tersebut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur