2025-08-25 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Ogos–Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada tiga Senator baharu yang mengangkat sumpah hari ini di Dewan Negara.
"Saya mengucapkan tahniah kepada tiga orang Ahli Yang Berhormat yang baharu mengangkat sumpah pagi ini sebagai Ahli Dewan Negara,iaitu Yang Berhormat Dr. Jufitri Joha,Yang Berhormat Datuk Wuu Him Ven dan Yang Berhormat Datuk Leong Ngah Ngah,seorang sahabat lama saya," katanya ketika membentangkanRancangan Malaysia Ke-13 (RMK13)di sini.
Ketiga-tiga mereka dijangka memainkan peranan penting dalam memperkukuh suara rakyat di peringkat tertinggi perundangan negara.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada ribuan rakyat Malaysia yang telah berjaya mengadakan Perhimpunan Solidariti Palestin di Dataran Merdeka malam tadi.
Kehadiran rakyat pelbagai kaum dan agama menurut beliau,mencerminkan komitmen dan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap isu kemanusiaan sejagat.
Sebagai tanda sokongan berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin,Datuk Seri Anwar turut mengumumkan peruntukan khas sebanyakRM100 jutasebagai peruntukan tambahan kepada Gaza.
“Atas semangat dan kegigihan rakyat Malaysia,saya telah menyatakan rasa bangga dan kagum. Insya-Allah,kerajaan akan terus bersama,dan semalam saya umumkan peruntukan tambahan berjumlah RM100 juta," katanya lagi.
Bantuan itu akan disalurkan melalui mekanisme antarabangsa yang telus dan berkesan,demi memastikan rakyat Palestin mendapat bantuan segera yang diperlukan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur