2025-08-25 HaiPress

Foto hiasan
IPOH,25 Ogos - Perak mengekalkan tarif air sedia ada di negeri itu meskipun pelarasan berlaku di beberapa negeri bermula Ogos 2025.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani berkata,negeri itu mengekalkan kadar sedia ada sejak Mei 2024,selepas pelarasan terakhir pada 2006.
Selain itu kerajaan negeri juga mengekalkan pelbagai subsidi dan rebat bagi meringankan beban rakyat.
"Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira kemampuan rakyat serta keupayaan kewangan Lembaga Air Perak (LAP) malah,hampir RM39 juta setahun dikembalikan kepada rakyat melalui subsidi dan rebat.
"Ia termasuk 25 meter padu air percuma untuk golongan miskin,10 meter padu air percuma untuk rumah ibadat dan institusi kebajikan,serta rebat RM4 bagi 10 meter padu pertama setiap bulan untuk semua pengguna domestik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan kepada Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Majlis Perasmian Menara Air Perak di Basco Avenue @ Kepayang,di sini.
Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak,Tuanku Zara Salim,berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
Turut berangkat,Raja Muda Perak,Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Raja Dihilir Perak,Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
Datuk Seri Saarani yang juga Pengerusi LAP berkata,selama lebih 30 tahun,Lembaga Air Perak telah menjadi nadi pembangunan negeri termasuk muncul sebagai pembayar zakat korporat tertinggi di Perak,dengan jumlah melebihi RM86 juta sejak 2007.
Menara Air Perak setinggi 14 tingkat itu mula dibina pada Mac 2016 dan beroperasi sepenuhnya pada Mac 2023 dengan kos RM92 juta.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur