2025-08-25 HaiPress

Setiausaha Bahagian Antarabangsa,Kementerian Dalam Negeri,Mohd Azlan Razali
KUALA LUMPUR,25 Ogos – Isu keselamatan serantau menjadi antara agenda utama Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-19 (AMMTC) yang akan berlangsung dari 8 hingga 12 September ini di Melaka.
Mesyuarat berkenaan bakal menghimpunkan menteri keselamatan dari 10 negara ASEAN serta tiga rakan dialog dari Asia Timur iaitu Jepun,Korea Selatan dan China.
Setiausaha Bahagian Antarabangsa,Mohd Azlan Razali berkata,AMMTC merupakan platform premier membincangkan isu-isu jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagangan manusia,penyeludupan,jenayah siber dan keganasan.
“Jenayah rentas sempadan memberi kesan besar kepada penduduk ASEAN termasuk rakyat Malaysia. Sebagai contoh,kes penipuan dalam talian melibatkan ribuan mangsa yang ditipu dan dibawa ke pusat-pusat scam di negara jiran.
“Jenayah siber juga menimbulkan cabaran besar kerana sifatnya merentasi sempadan. Perundangan yang berbeza di antara negara turut menyukarkan penguatkuasaan secara menyeluruh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Menurutnya,penganjuran AMMTC juga selaras dengan komitmen Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam memperkukuh kerjasama keselamatan serantau serta menerajui usaha memerangi jenayah rentas sempadan,sekali gus memastikan keselamatan dan kestabilan serantau terus terjamin.
Mohd Azlan turut memaklumkan mesyuarat itu akan memperkenalkan Pelan dan Program Masa Depan ASEAN (2026-2035) mengenai jenayah rentas sempadan,yang memberi penekanan kepada komunikasi,operasi bersama serta tindakan berasaskan teknologi antara negara anggota dan rakan berkepentingan luar.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur