2025-08-25 HaiPress

Datuk Mohd Jafni Md Shukor melakukan gimik perasmian Majlis Pra- Pelancaran Johor Smart City Forum 2025 di Senai,Kulai,Johor
KULAI,25 Ogos – Elemen pengesanan bencana,termasuk gempa bumi,bakal dijadikan sebahagian petunjuk pembangunan Bandar Pintar Johor pada masa hadapan.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor,Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata,sistem amaran awal bencana sedang dipertimbang untuk dimasukkan dalam pelan Bandar Pintar negeri bagi meningkatkan keselamatan rakyat.
“Kita akan pertimbangkan supaya rakyat boleh menerima makluman sistem kecemasan melalui telefon pintar,dan ia juga boleh dihubungkan ke laluan lain. Sistem sebegini telah digunakan di Jepun dan Korea,dan kita sedang bergerak ke arah itu. Cuma dari segi kawalan telefon pengguna,terdapat beberapa cabaran dan proses tambahan yang perlu diselesaikan,” katanya.
Beliau menambah,sebanyak 16 pihak berkuasa tempatan di Johor telah melaksanakan inisiatif Smart City,dengan tujuh berada pada tahap satu manakala Majlis Bandaraya Johor Bahru mencapai tahap tiga.
Kerajaan negeri turut sedang meneliti pemasangan peralatan tambahan di kawasan berisiko gempa bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk sentiasa terjamin.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur