2025-08-25 HaiPress

Foto RTM
GUA MUSANG,25 Ogos - Penduduk orang asli suku kaum Temiar di Kampung Redip,Pos Hau,Gua Musang,Kelantan bersepakat menggunakan wang tabungan untuk membeli Jalur Gemilang dan menganjurkan aktiviti yang membangkitkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan setiap tahun.
Sejak sebulan lalu,penduduk secara sukarela mengumpul wang untuk membeli Jalur Gemilang dan memasangnya di kawasan rumah serta jalan kampung bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-68.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Hau,Jumaat Arom berkata,setiap tahun penduduk Kampung Redip mengumpul wang hampir RM500 untuk membeli bendera dan mengadakan aktiviti Hari Kebangsaan.
Katanya,selain menggantung bendera di kawasan rumah,penduduk turut bergotong-royong memasang bendera di kawasan jalan kampung.
"Setiap tahun 31 Ogos kita sambut. Kita cari dana sendiri dan kumpul dengan penduduk. Kita hias sebab kita nak pasang banyak bendera sebab nak menyambut 31 Ogos," katanya kepada RTM di sini.
"Kami hias bendera dekat rumah,kampung. Dari jalan sampai ke kampung kami hias. Duit itu kami kumpul,lepas itu kami beli bendera untuk hias," kata penduduk,Suzi Semai.
"Kita hias selama tiga hari gotong-royong pasang bendera. Kita bersemangatlah pasang bendera ini,Jela Along.
Terdapat lebih 1,200 penduduk di Pos Hau.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur