2025-08-25 HaiPress

Datuk Seri Mohamad Sabu
KEPALA BATAS,25 Ogos - Keladi agas,sejenis tumbuhan perosak yang merebak pantas,kini menjadi ancaman utama kepada hasil padi di Seberang Perai Utara yang turut menjejaskan hasil tuaian secara signifikan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,Datuk Seri Mohamad Sabu menyarankan,semua petani mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) penyemburan racun yang telah ditetapkan.
Beliau menekankan bahawa penyemburan perlu dilakukan semasa penyediaan tanah dan 15 hingga 18 hari selepas menanam.
"Kita kini menggalakkan semula amalan tanaman semula,iaitu menanam pelanta seperti dahulu. Kini kita tidak boleh bergantung kepada racun semata-mata.
"Oleh itu,pihak kementerian bersama sektor swasta akan berusaha memperbanyakkan penanaman pelanta. Langkah ini diharap dapat mengawal atau mengurangkan kewujudan makhluk perosak yang tumbuh selepas musim padi,sekali gus memberi manfaat kepada penghasilan padi seterusnya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan varieti padi baharu MARDI MR333 di Kampung Lahar Minyak,Kepala Batas pagi tadi.
Varieti padi baharu MR333,yang diberi nama 'MENORA',merupakan hasil penyelidikan saintifik terkini MARDI.
Varieti itu berupaya meningkatkan produktiviti dan daya tahan tanaman padi negara.
Dibangunkan khas untuk kawasan jelapang,varieti ini menunjukkan potensi hasil tertinggi sehingga 9.96 tan sehektar.
Ia terbukti berdaya saing dan mempunyai daya tahan tinggi terhadap pelbagai penyakit.
Bagaimanapun,varieti MR333 tidak secara spesifik menyelesaikan masalah keladi agas,kerana rumpai tersebut berasal dari luar kawasan sawah dan bukan tergolong dalam kategori penyakit.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur