2025-08-25 HaiPress

Fadhlina Sidek / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Ogos - Tiada ruang kompromi untuk sebarang bentuk salah laku buli,khususnya di mana-mana institusi pendidikan di negara ini.
Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek menegaskan,pihaknya melaksanakan pelbagai program serta intervensi bagi memastikan isu itu tidak terus menular.
Malah katanya,usaha membanteras gejala buli adalah satu usaha berpanjangan dan berterusan namun memerlukan komitmen semua pihak.
"Sejak sekian lama,KPM telah pun mempunyai mekanisme yang jelas dalam membendung gejala ini. Antaranya melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2022,pelaksanaan Program Sekolah Selamat yang bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum dapat dilaksanakan tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari luar mahupun dari dalam sekolah.
"Mekanisme ini diperkuat dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan Tujuh Tahun 2011,pelaksanaan Standard Operating Procedure 137; pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin murid,yang memastikan setiap salah laku disiplin dilaporkan segera kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membolehkan tindakan pantas dan berkesan diambil," katanya.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Senator,Musoddak Ahmad di Dewan Negara di sini.
Mengulas lanjut,beliau menjelaskan,komitmen KPM dalam menangani isu tersebut diperkukuh dengan penerbitan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 Tahun 2023; iaitu pelaksanaan garis panduan pengurusan salah laku buli di institusi pendidikan bawah KPM bertarikh 3 November 2023.
Ia berfungsi sebagai panduan menyeluruh untuk semua pihak di sekolah,dalam memahami definisi buli,tatacara pengurusan kes serta implikasi terhadap pembuli dan mangsa buli.
"Saya perlu jelaskan juga,bahawa kita turut melaksanakan pelbagai langkah pencegahan secara komprehensif termasuk program-program pembinaan sahsiah diri,Kem Pemantapan Karakter Generasi MADANI,Duta Sahsiah Pembimbing Rakan Sebaya dan saringan minda sihat untuk memastikan anak-anak kita berada dalam kesejahteraan diri yang baik dan juga dapat menangani isu-isu kesihatan mental dalam kalangan anak-anak kita," katanya lagi.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur