2025-08-25 HaiPress

Hutang baharu berjaya dikurangkan secara berperingkat / Foto BERNAMA
PARLIMEN,25 Ogos – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan MADANI komited menurunkan kadar defisit fiskal negara serta mengurangkan hutang baharu bagi memastikan kedudukan kewangan Malaysia kekal kukuh,mampan dan berdaya tahan.
Menurut beliau,langkah itu amat penting bagi menjamin kesejahteraan rakyat serta mengelakkan generasi akan datang daripada menanggung beban hutang yang lebih besar.
“Defisit fiskal memang mencabar. Namun,kerajaan MADANI adalah yang pertama mengambil langkah serius untuk menurunkannya walaupun ia menjadi polemik. Jika tidak dikurangkan,hutang akan terus membengkak.
“Kita telah berjaya menurunkan kadar defisit daripada 5.6 peratus kepada 5 peratus,kemudian 4.8 peratus dan kini kita unjurkan 3.8 peratus pada tahun depan,seterusnya terus menurun. Selagi defisit wujud,jumlah keseluruhan hutang akan bertambah,” katanya ketika membentangkan penjelasan di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana Menteri turut menolak dakwaan bahawa hutang kerajaan semakin bertambah,sebaliknya menjelaskan bahawa hutang baharu berjaya dikurangkan secara berperingkat.
“Isu yang dibangkitkan kononnya hutang kerajaan bertambah tidak benar. Hakikatnya,hutang baharu telah dikurangkan daripada RM100 bilion kepada RM90 bilion,RM80 bilion dan kini RM70 bilion.
“Yang meningkat adalah hutang keseluruhan termasuk faedah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu. Selagi kita berjaya mengurangkan hutang baharu secara berterusan,barulah jumlah keseluruhan itu dapat diturunkan. Jadi,jangan katakan kerajaan hari ini menambah hutang baharu kerana itu tidak tepat,” tegasnya.
Beliau menambah,sasaran kerajaan adalah menurunkan defisit fiskal ke tahap 3 peratus dalam tempoh lima tahun dengan paras hutang kekal tidak melebihi 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Apabila sasaran ini dicapai,ia akan mengukuhkan kedudukan fiskal negara sekali gus mengangkat Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur