2025-08-25 HaiPress

Datuk Mustapha Sakmud
KUALA LUMPUR,25 Ogos - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited mempergiat pelbagai usaha bagi membendung isu ketidaksepadanan penawaran bidang di universiti dengan keperluan semasa industri.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata,selain kerjasama melalui pelaksanaan siri program,usaha turut tertumpu kepada pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) dengan pihak industri dan berkepentingan.
"Kerjasama bersama industri melalui pelaksanaan program seperti CEO@Faculty,CEO@PolyCC,Industry on Campus,On Job Training di kampus,Industry Education Centre,Industry@University dan juga Structured Internship Programme. Ini bertujuan untuk mempersiapkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan seiring dengan keperluan industri semasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengenai strategi kementerian untuk menangani isu ketidaksepadanan bidang pengajian dan peluang pekerjaan.
Bagi pemeteraian MoU pula,KPT turut menandatangani beberapa MoU dengan pihak industri antaranya Syarikat Intel,Infineo,NVIDIA Corporation dan Huawei.
Terbaharu pada 7 Ogos lalu Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalinkan kerjasama dengan Sandisk Storage Malaysia untuk melancarkan Makmal Inovasi dan Automasi,makmal Universiti Dalam Industri pertama di Malaysia yang terletak di kemudahan Sandisk di Batu Kawan,Pulau Pinang.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur