2025-08-25 HaiPress

Memperkukuh penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Ogos – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,menegaskan kerjasama Malaysia–Singapura melalui projek Johor–Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) akan menjadi antara pemacu utama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dalam memperkukuh daya tahan ekonomi negara.
Beliau berkata,projek strategik rentas sempadan itu bukan sahaja memperhebat keterlibatan Malaysia di persada ekonomi dunia,malah memastikan pertumbuhan seimbang serta limpahan manfaat ekonomi yang lebih meluas kepada rakyat.
“Memperkukuh penglibatan Malaysia di peringkat antarabangsa turut merangkumi pembangunan Johor–Singapore Special Economic Zone,inisiatif ASEAN Power Grid serta kerjasama Asia Zero Emission Community,” katanya.
Perdana Menteri menegaskan,RMK13 yang digerakkan berlandaskan Ekonomi MADANI memberi penekanan kepada penciptaan nilai serta pemerataan agihan ekonomi agar rakyat di seluruh negara dapat merasai faedah pembangunan secara adil.
“Maka tema RMK13 adalah ‘Melakar Semula Pembangunan’,yang menjadi tunjang hala tuju negara bagi tempoh lima tahun akan datang. Tumpuan diberikan kepada pengukuhan ekonomi melalui peralihan menyeluruh ke arah ekonomi berasaskan penciptaan nilai (value creation),” katanya.
Tambah beliau,kejayaan pelaksanaan JS-SEZ bersama inisiatif lain di bawah RMK13 akan melonjakkan daya saing Malaysia sebagai sebuah hab pelaburan serantau yang mampan,inklusif dan berdaya tahan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur