2025-08-25 HaiPress

Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Ogos - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sikap segelintir pihak yang mengibarkan Jalur Gemilang dengan cara yang salah sehingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.
Justeru menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini,Datuk Seri Anwar menyeru semua pihak memastikan Jalur Gemilang yang dikibarkan 'cukup sifat' serta mengikut peraturan ditetapkan.
“Prakarsa yang saya sebut tadi,sistem sosial berteraskan Insan MADANI ini harus mengambil kira juga soal nilai masyarakat kita. Dan pertamanya tentunya soal semangat Malaysia terutamanya menjelang Hari Kemerdekaan,menghormati dan memuliakan Jalur Gemilang.
Dan sepatutnya pada tahap ini sudah matang untuk tahu kedudukan bendera supaya dia tidak lagi jadi kontroversi yang tidak berkesudahan kerana Jalur Gemilang ni bukan sahaja bendera biasa,dia bendera yang menjadikan lambang kemegahan,kemuliaan negara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 di sini.
Dalam pada itu,Datuk Seri Anwar turut menolak tuduhan pihak pembangkang seolah-olah mengatakan kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung isu kesalahan pengibaran Jalur Gemilang.
“Ada rakan-rakan saya sebelah sana (pembangkang) yang menganggap bahawa kerajaan dalam tiga tahun ni tidak buat apa-apa. Saya kurang faham. Kalau dia kata belum cukup,saya faham. Kalau cukup,belum memadai,dia sebut beberapa tindakan kurang bijak,saya faham. Kalau dia cadangkan cara-cara usul-usul lain,saya faham.
"Tapi untuk menidakkan seolah-olah ada penipuan,tidak ada apa yang dilakukan,itu satu kepalsuan. Apalagi kalau digunakan alasan agama,” tegas beliau.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur