2025-08-25 HaiPress

FOTO HIASAN / BERNAMA
KUALA LUMPUR,25 Ogos – Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 bagi membela nasib kira-kira 1.2 juta pekerja gig di negara ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat,hari ini.
Menteri Sumber Manusia,Steven Sim,berkata bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu dijadualkan pada sidang Parlimen kali ini,dengan empat komponen utama merangkumi definisi pekerja gig,mekanisme aduan,kadar bayaran serta keselamatan sosial.
RUU itu digubal selepas arahan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,supaya Kementerian Sumber Manusia merangka mekanisme perlindungan khusus buat sektor berkenaan.
"Sebanyak 40 sesi libat urus melibatkan hampir 4,000 pihak berkepentingan diadakan termasuk bersama kerajaan negeri,wakil majikan,syarikat,persatuan pekerja gig,kesatuan sekerja,ahli akademik dan badan bukan kerajaan bagi mendapatkan pandangan terhadap undang-undang ini," katanya.
Selain sesi libat urus,ruang maklum balas dalam talian turut menerima lebih 500 pandangan bagi memperkukuh draf RUU berkenaan.
Beliau menyeru semua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong usul tersebut demi masa depan lebih baik untuk pekerja gig.
RUU Pekerja Gig 2025 antara lain memperuntukkan perlindungan hak pekerja,kewajipan entiti kontrak,syarat perjanjian perkhidmatan,mekanisme penyelesaian pertikaian serta penubuhan Majlis Perundingan dan Tribunal Pekerja Gig.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur