2025-08-25 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,22 Ogos - Malaysia merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion dalam separuh pertama 2025,meningkat 18.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,peningkatan itu mencerminkan keyakinan berterusan pelabur asing dan domestik terhadap dasar jelas serta agenda reformasi industri jangka panjang negara.
“MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bekerjasama rapat dengan kementerian serta agensi berkaitan bagi memastikan pelaburan ini dapat dilaksanakan segera dan memberi manfaat nyata kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau,prestasi Johor yang memberangsangkan itu dipacu inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang turut menjadikan negeri itu hab strategik pembuatan dan perkhidmatan serantau.
Sementara itu,MIDA memaklumkan sebanyak 3,011 projek dalam sektor pembuatan,perkhidmatan dan primer telah diluluskan,yang dijangka mewujudkan 89,294 peluang pekerjaan baharu.
“Pelaburan asing (FI) melonjak 43.5 peratus tahun ke tahun,dipacu pertumbuhan kukuh dalam ketiga-tiga sektor iaitu sektor perkhidmatan,sektor pembuatan dan sektor primer,” jelas MIDA.
Bagi pelaburan asing mengikut negara sumber,Singapura muncul penyumbang terbesar dengan RM43.4 bilion,diikuti China (RM23.4 bilion),Amerika Syarikat (RM10.4 bilion),British Virgin Islands (RM6.6 bilion) dan Itali (RM3.3 bilion).
Dari segi negeri pula,Johor mencatat pelaburan tertinggi dengan RM56.0 bilion,diikuti Selangor (RM34.7 bilion),Kuala Lumpur (RM30.1 bilion),Pulau Pinang (RM18.9 bilion) dan Sabah (RM11.4 bilion).
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur