2025-08-25 HaiPress

Sime Darby Property Bhd sedang menilai pelbagai opsyen pembiayaan bagi menyokong pembangunan projek utamanya,termasuk pusat data / Foto Hiasan / Bernama
PETALING JAYA,22 Ogos – Sime Darby Property Bhd sedang menilai pelbagai opsyen pembiayaan bagi menyokong pembangunan projek utamanya,termasuk pusat data.
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property,Datuk Seri Azmir Merican berkata inisiatif pembiayaan tersebut merupakan sebahagian daripada amalan perniagaan biasa syarikat yang mempunyai akses kepada sukuk serta fasiliti perbankan sedia ada.
“Bagi kumpulan kami,sudah tentu ada pertimbangan pembiayaan. Kita ada sukuk,program sedia ada dan kemudahan bank. Jadi semuanya dalam landasan perniagaan normal,” katanya ketika sesi soal jawab selepas taklimat keputusan kewangan separuh pertama 2025,di sini.
Sementara itu,Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan,Betty Lau Sui Hing menegaskan syarikat akan memastikan struktur modal kekal optimum ketika menilai pilihan pembiayaan.
“Kita ada fasiliti bank dan program sedia ada yang masih tersedia. Jadi,apabila bergerak ke depan,kita akan pilih opsyen terbaik untuk membiayai pembangunan projek utama,” jelasnya.
Bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2025,Sime Darby Property mencatatkan prestasi kukuh disokong oleh permintaan pasaran yang sihat serta pelaksanaan operasi yang mantap.
Syarikat merekodkan pendapatan berjumlah RM1.9 bilion,keuntungan operasi sebanyak RM434.8 juta,dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM398.4 juta.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur