2025-08-25 HaiPress

Harga emas fizikal berada pada US$3,338.30 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 21 Ogos,2025.
KUALA LUMPUR,22 Ogos - Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjelang simposium Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung malam ini di Jackson Hole,ketika peniaga menunggu isyarat mengenai dasar monetari AS.
Selain itu,prestasi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia juga mencerminkan pasaran emas COMEX AS.
Pada penutup dagangan,kontrak bulan semerta Ogos 2025 susut kepada US$3,327.30 setiap auns troy daripada US$3,339.10 pada Khamis.
Kontrak September 2025 susut kepada US$3,332.70 setiap auns troy daripada US$3,344.50 ketika ditutup semalam,Oktober 2025 rendah kepada US$3,362.20 daripada US$3,374.00 pada Khamis,manakala November 2025 turun kepada US$3,379.00 setiap auns troy daripada US$3,390.80 sebelumnya.
Sementara itu,kontrak Disember 2025,Februari 2026 dan April 2026 semuanya ditutup rendah pada US$3,399.40 setiap auns troy berbanding US$3,410.60 pada Khamis.
Jumlah dagangan meningkat kepada 17 lot daripada tujuh lot semalam,manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 56 kontrak daripada 45 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal berada pada US$3,2025. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur