2025-08-25 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,23 Ogos -Bursa Malaysia diunjur terus mengekalkan aliran meningkat minggu depan dan menguji paras psikologi 1,600 mata dengan kemungkinan aktiviti pengambilan untung menjelang cuti hujung minggu yang panjang.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantan dalan kenyataan berkata,momentum pasaran tempatan akan dipengaruhi oleh reaksi daripada Wall Street,dengan sentimen berkait rapat dengan petunjuk makroekonomi Amerika Syarikat (AS) yang berubah.
"Pemangkin kepada perubahan jangkaan terkini ialah laporan data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) S&P AS bagi bulan Ogos.
''Keyakinan tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan telah mendorong PMI komposit kepada paras tertinggi sejak Disember lepas.
"Bagaimanapun,kami kekal positif,dengan indeks dijangka diniagakan dalam julat 1,610 hingga 1,615 berikutan langkah pelabur mengimbangi petunjuk luaran dengan sokongan dasar domestik yang berterusan,'' katanya.
Sementara itu,Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata,pelabur akan memberi tumpuan kepada beberapa data ekonomi utama,termasuk keuntungan industri China dan data PMI.
Jelasnya,indeks petunjuk pasaran kini berada dalam kedudukan terlebih jual,justeru beliau tidak menolak kemungkinan terdapat aktiviti pengambilan untung dalam masa terdekat.
“Berdasarkan anggaran kami,indeks telah pulih dengan baik daripada penurunan sebelum ini dan berdasarkan data tersebut,kami menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam julat 1,580 hingga 1,620 minggu depan,” katanya.
Bagi asas mingguan,FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 21.23 mata kepada 1,597.47 pada Jumaat daripada 1,576.34 minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 13 bilion unit bernilai RM13.53 bilion daripada 11.1 bilion unit bernilai RM11.87 bilion pada minggu sebelumnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur